Sarawak Product

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu yang lepas, 22 Jun 2019, bersempena dengan hari terbuka, PI Kg Luak telah memberikan penerangan kepada komuniti setempat berkenaan dengan platform perniagaan Sarawak Product.

Seramai 9 peserta mengambil bahagian dalam ceramah ini. Sarawak Product merupakan satu laman sesawang perniagaan yang bertujuan untuk membantu usahawan tempatan memasarkan produk mereka dalam talian. Ada diantara peserta merupakan peniaga secara kecil-kecilan dan mereka teruja untuk mencuba platform ini. Diharap dengan pendedahan ini, dapat membantu mereka mengembangkan lagi perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali